Thursday, 25 December 2008

ho ho ho

Assalamualaikum,

malam 25 Disember 2008. diibaratkan malam raya bagi mat saleh. aku keseorangan. semua teman serumah ku telah pulang ke 'kampung' masing-masing. sayu juga rasa hati ini. tiada kedengaran hiruk-pikuk panagiotis memasak, tiada kedengaran pertengkaran manja ania dan pana, tiada kedengaran leteran sylvia, tiada kedengaran xiran menyanyi lagu andy lau waima anita mui. cuma aku. cuma aku yang sepi. haruslah aku menyanyi lagu melawan kesepian. ini lah masanya. aku keseorangan. rumah ini aku yang punya. terus aku feeling2 berada di royal albert hall. ohh bahagianya aku boleh melalak tanpa menghiraukan sesiapa. namakan sahaja, leona lewis, boyzone, rihanna, beyonce, james morrison, kylie minogue waima zaiton sameon... ohh semua nya lah. malam itu akulah primadona. erkk.

setelah memberikan persembahan terbaik. mendapat tepukan gemuruh dan standing ovation. aku kepenatan. dari itu aku pun berundur. tirai pun berlabuh. malam itu aku tidur awal kerna pada keesokkan harinya, krismas, aku bercadang feeling2 tumirah hendak mengemas rumah, mencuci tandas, menyesah baju segala.

baru aku hendak melelapkan mata. tiba-tiba, aku mendengar sesuatu. aku cuba untuk meneliti lagi. apakah yang ku dengari ini. seperti ada seseorang yang masuk ke rumah ku. tidak mungkin lah pana, mahupun ania, mahupun xiran, mahupun sylvia, balik pada malam krismas ini. siapakahh iteww?? jerit hati kecil ku. aku mula resah. ketakutan. aku terus mengunci pintu billiku. menutup lampu. aku bimbang. siapakah di ruang tamu ku. adakah perompak, penyamun waima perogol. aku bimbang sekali. jam tepat menunjukkan pukul 12 tgh malam. tiba2 hati kecil ku berkata. adakah ini abang santa klos ho ho ho?? aku keliru. masakan benar wujudnya abang santa klos ho ho ho?? perasaan ku bercampur-baur. keliru, hairan, aneh. oleh kerana kepenatan memikirkan abang santa klos ho ho ho, aku pun tertidur.

pukul 10 pagi. pagi krismas. aku terbangun. aku terus bingkas. aku terus memerhati anggota badan ku. adakah aku telah di apa-apakan? yang paling aku risau. adakah aku masih teruna?? Alhamdulillah, tiada apa yang berlaku. aku mula memikirkan kejadian malam semalam hanyalah mainan tidur. mungkin hanya igauan.

akan tetapi setiba nya aku di ruang tamu.

apakah ini?? ada hadiah, coklat, kad, bunga-bungaan! adakah benar yang aku mimpi? apakah wujudnya abang santa klos ho ho ho? aku terpana, terkasima! tetapi aku gembira. aku terus feeling2 anak anjelina jolie dan brad pitt mendapat hadiah di pagi krismas.

tetapi, setelah aku membuka kad itu.

Dear Pana, Shahrul, Ania, Sylvia and Xi Ran,

Wishing all of you a Merry Christmas and a Happy New Year!

Javaid the Landlord

ohh tidak. bukan abang santa klos ho ho ho rupanya. geli hati aku. memang keji betol landlord itu menyelinap tanpa memberitahu. tidak keruan aku dibuatnya. akan tetapi aku berterima kasih dengan tuan rumah, atas hadiah tersebut tanda ingatan. terima kasih abang landlord!

di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari natal kepada semua penganut kristian dan selamat bercuti untuk semua!

Wassalam.

17 comments:

f.i.e.z.a said...

best ada sprise gya d pg krismas.coba ada imac atas meja bilit mek pg td alu san nyawa kali.hahha..

Kamil L said...

hehe...sik pa...mek baruk tel santa tek suruh antar hadiah ngan kitak..tunggu jak, esok lusak, sampei lah ya.hehe.. samalah kita, kamek sorang2 jak lam umah tok...huhu..boring eh..huhu

AcHiKa said...

ehehe~~ada hadiah xmas onn eh~~~bait2 ktk sowang2 ya~~camat bercuti2~~wohohoho~~ :P

khairul onggon said...

Lekak lekik tetak maca crita dirik.. Ngaco daun na tuan tanah kedaong ya.. Hehehehe.. Suspen jak tek..

Shamsul Bahrin b. Zainuzzaman said...

oon... best lalu juak crita dirik tok eh... kazen aku la tok nyuruh mukak blog dirik tek.

Aku tok da terkena virus blog tok... adoiiiii...

tapi nang best la...

Rudy said...

hehe..surprise ah..hahaa..x jejalan di Lundun tek?

Bibi Fabulosity said...

apa adiah nya bang oon <--- yerrr.gago tok mok tauk apa diberik nya..

mat said...

nasib bait sik bukak lagu dendang perantau...hehehhe

zara said...

tetiba teringat lagu jingelbel versi baru..
"jinbogel jinbogel..(sila sambung kedirik)" hihihi..

ngutik juak kan tetiba ada gik makhluk dalam umah ya tepat kol 12..isk. ngutiks!

juan affandi said...

wah...
nang landlord ya ala2 santa klos lah ngantar present time ya..
hahaha...
nasib ktk sik kuat nak tauk apa benda ngeruit di luar ya..
mun kamek, rela mek keluar nangga..
hahaha...

ho said...

hahaha bait juak landlord ya. mun aku tek, before ku ngkah present ya atas meja, harus ku ngatik kau dolok tek. ketok2 pintu. bila ko mukak pintu ala xda urang. ya pun mun ko mukak pintu. ku rasa ko tapok bah katel kali. haha. x gi ngabang krismas tek babe?

Audio said...

Landlord Pakistani ka Oon eh?

yarn said...

saspen gila cerita tok...dari awal smpey abis layan saspen.wakaka... ;p

oon said...

dear fieza,

yalah koh, sik pernah2 urg merik hadiah krismas, rindok juak nyawa hehe

dear kamil,

ktk pun dah kedak abg santa juak, rambut dah panjang ngereteng hehe

dear achika,

aok nong, selamat berchuti juak!

dear onggon,

hehehe yalah koh, tp rindok juak da present hehe

dear syamsul,

yerrr dehh selamat dtg ke dunia blog k. update jak cita best2. kmk dah link ktk tek.

dear rudy,

heh, arum bulak, eh bukan arum bulak, arum benar, dah tiap weekend turun london. mmmm sikda london ya hehe

dear bibi,

x mok mek mukak dolok, nuggu semua cdak hosmate mek dtg, bok mukak. hehe.

dear mat,

yalah koh. tp terkenang juak pabila ngr lagu jingo bel. apakahhh.

dear zara,

yalah ng ngutt. very the ju on!

dear juan,

ekot pesan mak mek bah. mun da bunyi pelik2. kunci puti. tutup api. konon2 xda urg lah tek. hehe

dear ho,

aoklah kak ngabaang koh. make costume santa rina, matilahhhh.

dear audio,

pakistan rasanya. muslim lah. hehe. dah merik hadiah ambik jerrr hehe.

dear yarn,

hehehe saspen ala2 siri kisah penyiasatan remaja nak.

dukunlintah plk said...

tang ada2 jak kau tok eh<-- bunyi urg tua alik wak ;p

Terompah Biru said...

best kisah benar ktk tok Oon ehh.. rasa cam nangga??!! cerita kat Hallmark Channel nok seminggu dua tok cerita Christmas jak2 ;D

Christmas.. christmas juak ehh... sik lupak Salam Maal Hijrah utk ktk :D

azai said...

nang saspen eyh cita tok. beliang ati maca.hehe
salam maal hijrah oon :)