udah2 gik ku bermadah2 drama queen dlm bhasa melaya kohh. anyway tgh ku maca utusan online tek, i stumble upon this. tedah, jaik la ati ku ngan kak eton ku tok
Rintihan Eton siapa yang tahu
Oleh Norliza Mohamad Zakaria
DULU aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diriku
Tak bertempat mengadu
seperti burung kepatahan sayap
Di hati kecilKu menaruh harapan...
Itulah antara bait-bait yang terkandung dalam lagu Menaruh Harapan nyanyian Zaiton Sameon yang cukup popular sekitar pertengahan tahun 1980-an.
Siapa sangka, selepas lebih 20 tahun lagu ciptaan komposer A. Ali dan lirik nukilan Habsah Hassan bagaikan menterjemah lara dan duka yang dilalui oleh penghibur yang suatu ketika dahulu pernah mencetus fenomena yang bukan kecil.
Zaiton di zaman kegemilangannya pernah dipuja, diminati ramai serta dilabel sebagai simbol seks Malaysia kerana imej dan penampilannya yang begitu berani. (kelasss kau kak eton, simbol seks segala!!)
Namun semua itu kini hanya tersimpan rapi dalam kotak fikiran sebilangan besar daripada kita yang pernah membesar dengan lagu-lagu nyanyian Zaiton atau lebih mesra dikenali sebagai Eton.
Tragedi ngeri 21 Februari 1990 di Batang Kali, Selangor meragut segala-galanya dari hidup wanita yang hidupnya penuh dengan warna-warni itu.
Kemalangan ngeri sekembalinya dia dari membuat persembahan di Kuala Ketil, Kedah bukan saja meranapkan masa depan kerjaya seninya.
Bahkan, apa yang mendukacitakan Zaiton juga ialah peristiwa gelap itu turut menyebabkan Eton kehilangan anak tunggal kesayangannya, Azirwan Abu Bakar yang ketika itu berusia 13 tahun.
Hari ini, jarang sekali berita mengenai Zaiton kedengaran. Dia seperti tidak dipedulikan oleh mereka yang suatu ketika dahulu pernah memujanya.
Lebih duka lagi, Zaiton meniti hidup sendirian tanpa suami di sisi, anak jauh sekali adik-beradik yang pernah sama-sama berkongsi saat-saat manis bersama.
Mujur hatinya masih kuat dan gagah mengharungi kehidupan. Rasa sedih, kecil hati dan kecewa semuanya dibuang jauh-jauh kerana dia sedar tanggungjawab untuk menyara kehidupan sendiri harus diberi keutamaan.
Sesekali, jauh di sudut hati, Zaiton mengharapkan sokongan daripada teman-teman rapat yang dahulunya pernah sama-sama menikmati kegembiraan.
Namun, luahan rasa Zaiton itu tidak bermakna dia mengeluh jauh sekali memohon simpati daripada mana-mana pihak.
“Kak Eton mengharapkan satu hari nanti ada pihak yang sudi memberikan peluang kepada Kak Eton untuk membuat persembahan nyanyian kerana itulah satu-satunya kerja yang boleh saya lakukan untuk menyara hidup,” ujar Zaiton dalam satu pertemuan dengan Hits di kediaman pengurusnya, Rahim Adam di Beranang, Selangor, baru-baru ini.
Kata Zaiton, bukan persembahan besar-besaran yang diharapkannya, tetapi cukuplah sekadar menjadi jemputan pada mana-mana persembahan pentas yang turut menghimpunkan artis-artis lain. (kak eton memang tidak memilih, show fun fair padungan maok sik kak eton?)
Ternyata semangat penyanyi itu begitu membara. Pada pertemuan itu juga, berkali-kali Zaiton meluahkan hasrat untuk menyanyi dan kembali aktif seperti dahulu.
Cintanya terhadap kerjaya nyanyian ternyata sukar digugat. Malah, keinginannya menyanyi dan kembali menghibur para peminat yang suatu masa dulu begitu utuh menyokong kerjaya seninya jelas terpancar dari sirna matanya.
Yakin masih punya peminat, bagi melunaskan keinginannya menyanyi, Zaiton mengambil upah menyanyi di pusat-pusat karaoke dan majlis-majlis perkahwinan sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan untuk mencari sesuap nasi.
Mujur deritanya dapat dikurangkan apabila Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menghulurkan pencen sebanyak RM500 sebulan kepadanya.
Jika dahulu, tawaran untuknya datang bergolek, kini, dia yang harus ‘menjaja’ diri agar diberikan ruang berkongsi anugerah pemberian Ilahi itu.
Bagi Zaiton, suara adalah segala-gala bagi dirinya kini. Itulah sahaja punca rezeki yang boleh dipertaruhkan untuk meneruskan kehidupan.
Hampir mengalir air mata melihat kesungguhan Zaiton. Malah, pada petang pertemuan itu juga, berkali-kali dia mengajak pengurusnya ke pusat karaoke. (aii udah2 gik kak eton, bulan posa tok deng)
“Kak Eton nak nyanyi semula. Tak pernah terlintas sekalipun untuk berhenti menyanyi. Selagi Kak Eton mampu, Kak Eton akan teruskan menyanyi sampai bila-bila,” itulah luahan penyanyi berusia 52 tahun itu sebaik ditanya mengenai bidang nyanyian. (gigihnya kak eton, very the primadona!)
Biarpun kini, Zaiton seakan-akan dipinggirkan daripada mana-mana persembahan pentas dan rancangan televisyen, namun dia tetap tabah mencari ruang mendekati para peminatnya.
Kata Zaiton, biarpun tawaran yang diterimanya hanya untuk majlis-majlis perkahwinan, namun dia sanggup pergi asalkan rindunya terhadap lapangan yang begitu sebati dengan jiwanya itu terubat.
“Penerimaan peminat pada Kak Eton sama macam dulu, cuma sekarang tempatnya berbeza. Kalau menyanyi pada majlis perkahwinan di kampung-kampung, ramai peminat yang datang tengok Kak Eton nyanyi, ada yang peluk dan ada juga yang menangis,” katanya dalam nada penuh ceria menggambarkan keseronokan yang bukan sedikit.
Melihatkan telatah Zaiton yang mesra dan mudah ketawa, sesekali terdetik di hati apakah luka di jiwanya akibat tragedi hitam itu sudah sembuh?
Atau mungkinkah selain nyanyian, itulah cara Zaiton melupakan kesedihan hati yang bersarang sejak sekian lama.
Begitulah melodi dan warna hidup yang dilalui anak seni seperti Eton. Sehingga kini, dia masih lagi ‘mengabdikan’ dirinya kepada seni.
Ibarat putaran roda, dahulunya dia pernah mengecapi zaman kegemilangan, kini populariti jauh meninggalkannya. (yalah kak eton sik juak kita naalah gemilang jak nak, bermekap, make crown 24 jam, ada masa perlu juak kita nak ngorek idong, taik mata menempek, rambut unsa ansei nak)
Tatkala rindunya kian mendalam, adakah mana-mana pihak yang berani tampil menghulurkan bantuan kepadanya?.
Nama seorang Zaiton Sameon bukanlah calang-calang penyanyi. Dia merupakan diva ketika zaman kegemilangannya. (yaaah DIVA kauu)
Di saat teman-teman sealiran mendapat tempat dan perhatian umum, di manakah kedudukan Zaiton ketika ini.
Tiadakah cara untuk Zaiton kembali aktif dan tiadakah cara untuk dia menjejaki semula kegembiraannya seperti dahulu?
Pinta Zaiton, berilah ruang kepadanya walaupun sekecil tapak tangan.
Sesekali, dia meluahkan rasa untuk menjayakan program-program televisyen khususnya menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.
“Setakat ini belum ada apa-apa tawaran lagi. kalau boleh Kak Eton nak sangat buat persembahan macam dahulu. Tetapi nak buat macam mana, orang seperti tidak yakin dengan kebolehan Kak Eton.
“Macam mana Kak Eton nak cakap lagi, padahal dahulu banyak tawaran untuk Kak Eton. Lagipun, Kak Eton dah buktikan bahawa kak Eton boleh menyanyi dan dah ada album baru berjudul Kembali Lagi. (kelasss, very the gigih ada album baru sekalian)
“Malah, lagu Menadah Impian yang dimuatkan dalam album itu mendapat sambutan baik daripada peminat,” kata penyanyi yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-52 pada 2 Julai lalu.
Kak eton tetap anggun berbaju kurung merah jambu, rambut highlight burgundy, sambil pose2 muslimah di pusara.
tedahh. jaik la ati ku ngan kakak ku ya. sabar kak eton. tpi jgn sdey2, gik ada peminat kitak koh, lagu kak eton ttp menjadi lagu tema urg lekak break. mungkin zaman kak eton dah berlalu, terimaklah hakikat, kak eton bukan lagi diva, oon diva sekarang okeeyy.
neway kak eton, nasihat kamek udah2 gik berlagu mun dah nya sik mendatangkan hasil. pa kata mintak kerja stewardess air asia ka, duta kurma yusuf taiyoob ka, munsik jadi announcer kat the spring. haruslah urg sentap nengar sora kak eton molah pengumuman. asal jgn kak eton bergasak naalah berlagu di hati kecil ku menaruh harapan indah. mun dah selalu gilak angol juak palakku.
Wassalam.
8 comments:
hahaha...memang diva pujaan ramai ya....kelass gitew....
sikalang aiyo...52 mok jadi diva lagik eh....
"there is new diva in town"
Meet Oon!
xpa jak..ku jadi photographer rasmi kau jak...jadi lah..
by the way
Lontaran pitching anda dalam entry melaya itu kurang menyerlah. Aura nya kureng....haruslah berbahasa ibunda untuk persembahan akan datang
hahaha...ya baruk komen..nang kelass.. Sungguh pun lagu nya bagus tp nang bena la..berik chan gik ngan diva baru nak owh.. ada lagu baru tek pakey celen kak eton mu ittew? ;)
hahaha...ya baruk komen..nang kelass.. Sungguh pun lagu nya bagus tp nang bena la..berik chan gik ngan diva baru nak owh.. ada lagu baru tek pakey celen kak eton mu ittew? ;)
alamak sori! terpublish duak kali! *ampoooon*
oon the diva or the legend?
apapun..oon tetap kelasssssss
suke tau!!!
hahaha.. sapa eton tok?? eton masin ka??? eh bkn.. zaiton sameon duhal.. ehehehehe.. siyes lah.. x pnh ku dgr lagu nya.. mun tauk pun lagunya ku x tauk yg nya yg nyanyi.. ehehehe.. lom sampe rejeki gk kak eton ya(nak nunggah kakak ka makcik tok?).. klak2 datang la rejeki nya.. mun nya ada usaha lah.. eheheh.. jgn harap belas kasih org jak..
**uik oon.. balit kch ko.. eskep kjap.. ahahha..
ada ku nangga artikel tok. tp xkempang nak maca..otometik ku alu ingat dgn kau..since ko tek fanatiketonrina nak..lgpun takut teranok di siang hari masa ku tgh posa lak sesia posa ku..tok dh mlm ku nk nguar stetmen tok lah..aihhh asa aku nak..udah2 gik rempuan tok nak..mbak tobat gik nak..dah eksiden antap gia..xkan xpaham2..dh dberik hint pakei tobat la ya..gik juak nk belagu..g karoke indah tek?? dueyyy..erkkk
dear rudy, zara, zura,
yaaah OON.. The Diva, The Icon, The Legend.. semua2 nak best aku mpun la! oops bulan posa, sori, oon hanyalah insan biasa, hamba ALLAH yang esa (sambil pose2 membetulkan sabok.
dear aone,
eton nyual ikan terubok masin kat satok ya bahhh.
mun mok ku balit, pakata kitak org molah collection meli tiket k ku balit kuching. marilah beramal. hehe.
dear hohoho,
oleh kerana tok siang ari, tgh posa, aku diam jak la hehehe
Post a Comment