post tok harus dibaca dgn nada keinsafan okkeyy.
saudara-saudari sekalian. nampaknya sudah nak masuk hari ketiga kita berpuasa ye. sungguh cepat masa berlalu. setakat ini Alhamdulillah. saya bersyukur kerana masih mampu gigih berpuasa. sungguh pun berbuka jam 8 malam, tetapi kurang terasa penat, mungkin d sebabkan cuaca yang sejuk gituu. untuk pengetahuan sekalian. inilah merupakan kali pertama saya berpuasa d negara orang. asing sungguh saya rasakan, tidak kedengaran iklan2 promosi hari raya bersama kamdar, tidak kedengaran rancangan masak memasak bersama bird custard waima tepung blue key mahupun pewarna star brand sekalipun, tidak kedengaran promosi kurma yusuf taiyoop, tidak kedengaran iklan yeos campur dan yang paling saya rindui promosi Mita cake house di radio sarawak sebelum waktu berbuka huhuhu. ketiadaan semua itu mebuatkan saya tidak sedar kita telah berada di bulan mulia. sedikit sebanyak saya sedih. tapi saya pasrah sajalah kann.
berpuasa di United Kingdom terlalu banyak bezanya berpuasa di negara sendiri. terlalu banyak. perkara yang paling saya rindui ialah kemeriahan surau-surau di malam ramadhan. sungguhpun dahulu saya agak kurang gemar bertarawih, dan selalu memberi alasan kepenatan bekerja, tetapi kematangan usia menyebabkan saya terlalu merindui tarawih di surau. bukannya niat saya mengatakan untuk saya menunjuk-nunjuk, riak n very the loba, tetapi sememangnya bulan puasa dan pengisian malamnya adalah mmg saya nantikan. di sini kedatanagn Ramadhan kurang terasa. sungguhpun adanya surau, tetapi agak jaoh dari tempt kediaman, menyebabkan saya malas. ya saya akui, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih bukan. tetapi itulah hakikatnya, saya belum tertarik untuk berterawih d surau bersama pak2 arab. mungkin belom tiba masanya.
sungguhpun suasana ramadhan kurang meriahnya, kami warga malaysia d Reading ini, cuba sedaya upaya untuk mengembalikan kemeriahan berpuasa. terutama kami bertiga, saya, saudari ira dan saudari salwa memasak bersama, berbuka dan bersahur bersama2. sekurang-kurangnya saya tidak kesunyian di kala bersungkei. ptg tadi kita sama2 memasak dan saya dengan jayanya telah berjaya memasak kari. sungguhpun bukan kejayaan yg besar, tetapi saya amat berbangga dgn pencapaian saya. bukan suatu yang mudah bagi orang yang baru beberapa kali mencuba untuk memasak. selain daripada itu saya telah membuat puding coklat untuk pemanis mulut. seronok sungguh berbuka bersama-sama.
menu hari kedua berpuasa di UK. Iced Mango Tea Iman Mutiara, Kurma Intifada, Sayur Campur Demi Masa, Kari Ayam Syukur, Karipap Pergi Tak Kembali n Pudding Coklat I'tiraf
disini ingin saya menarik perhatian tentang betapa beruntungnya kita dilahirkan sebagai muslim di Malaysia. disini saya ada mengenali beberapa saudara islam dr negara lain dan boleh saya rumuskan bahawa, sesetengah dripada mereka masih berada di dalam keadaan jahil. bukanlah niat saya untuk mengutuk, tetapi itulah hakikatnya. teman serumah saya, rakyat kazastan merupakan seorang muslim, agak terkejut apabila saya mengatakan saya berpuasa, dia mengatakan adalah jarang orang islam di kazastan berpuasa, sungguhpun majoriti rakyat negara tersebut beragama islam. dia mengaku cara hidup mereka kurang islamic, dan hanya islam pada nama. meminum arak adalah perkara biasa dan sesesetangah daripada mereka memakan khinzir. dan dia sendiri mengaku ada perkara di dalam islam yang dia tidak setuju contohnya, dia tidak setuju wanita bertudung kerana merasakan rambut itu ialah hiasan yang patut d tunjuk. saya sentappp. kalau kenyataan tersebut keluar dari mulut org bukan islam, saya tidak kisah, tetapi dia sendiri sebagai islam menafikan kebenaran islam. kalau ikutkan hati mahu saja hendak saya tumbuk dia tu, tapi badan dia besar, haruslah saya kalah kan.
itulah kan. kita beruntung sebenarnya berada di Malaysia, agama islam di praktikkan dengan betul mengikut sunah Rasulullah S.A.W. tidak terlalu longgar dan tidak pula terlalu ekstrim. dan penganut agama lain dibenarkan untuk bebas beramal dengan cara masing-masing tanpa ada sekatan yang melampau.
begitulah saudara-saudari, antara pengalaman yang boleh saya kongsikan disini. semoga menjadi iktibar untuk kita semua.
Renung-renugkan dan Selamat Beramal (sambil membetulkan kopiah)
Wassalam.
15 comments:
sirna keinsafan eh blog kali tok.
yalah oh, jangan jak sampe sinun terekot nak sidak plek2 eh. simpang melekat 44.
selamat berpuasa.
Assalamualaikum wbh sahabatku...
sesungguh puasa di UK memang mencabar. tetapi itu tidak menghalang anda untuk berpuasa.
Tahniah kerana berjaya memasak kari. semoga terus memasak kari apa apa jak dengan jaya selepas ini..
semoga anda terus dirahmati oleh Allah SWT
kalau kenyataan tersebut keluar dari mulut orang lain saya tidak kisah, tetapi dari mulut oon eihh boleh percaya ke nak tumbuk tumbuk orang..!!!!!!!
...kalau ikutkan hati mahu saja hendak saya tumbuk dia tu, tapi badan dia besar, haruslah saya kena TOOTTTT kan....
cabooooootttttt.....
sedihnya bila baca kisah housemate ktk ya.. Mudah2an juak di bulan Ramadhan yg penuh berkah tok nya diberikkan Allah Taala petunjuk...
Untung ler Ira & Salwa ya ada geng pandei masak cam ktk ehh... ;D
dear farah,
haruslah begemerlapan sirna keinsafan ittew.
dear rudy,
terima kasih saudara. saya budak baru belajar, byk lagi perkara hendak saya pelajari.
dear siput,
siapakah anda? sungguh keji nama itteww. agak kurang saya gemari.
saya hanyalah high imagination saja, feeling2 ultraman.
dear dukun,
apakah toot?? saya tidak mengerti, sesungguhnya minda saya sesuci lebaran tidak mampu memikirkan benda keji. matilah.
dear along,
begitulah harapan kita bersama ya.
hahahahahhahaha aku tetak jak lah hahahahahhahaha erkk
eh colop!! ku nk madah tok tek sebenarnya rol. alu pandei ke ngakaq tetak gik kotan ku tek gik biol maca ko nulis dalam bahasa m'sia skema erkkk. ada nak iklan yusup sob*** ehh salah..yusof tayub (baca dengan sora berbisit) ya..ala sora berbisit dlm kelambu jak..masalahnya mun nengar iklan ya..instead of ku mejin buah kurma..ku mejin iklan sendayu tinggi..model rempuan (julia ziegler) berjalan dengan seksi makei baju nipis ala chiffon kakya baju ya ala melurut tergugok masanya berjalan..sbb iklan ya pun makei style berbisit gia juak..aih ngereco oo..
Dan saya boleh nak madah posa di tanah Arab pun sik sebest di malaysia (walaupun aku tok bukan muslim).
Dan aku boleh madah sarol, Islam ya agama - tapi nya ngikut camne orangnya interpret. Kat sitok, nanggar camne orang dak egypt, jordan, syria, nigeria, filipin, indon and of cos Arabs ya berbeza walaupun sama agama. All from the very land - and aku nanggar mata dirikpun.
dear doff,
di bulan mulia ini, kurangkan ketawa, bykkan membaca Al-Quran.
dear Waheeda,
sungguh bertepatan sekali dgn tema sesuci ramadhan, waheeda pulak menziarahi blog saya, saya vangga! tetapi haruskah waheeda ini mengenali YS dan feeling2 julia ziegler berbaju sciffon segala?? siapakah anda ini??
dear fab,
betul ittewww, pengalaman d negeri org banyak membuka mata saya.
mek sikda masa nak maca.. tapi mok juak singgah sitok tek.. sekali mek nangga gamabr..wosehh..
giney gaya tok?? org di perantauan leh sungkey menu best gik dari org di tanah tumpah darah bunda ku .. sik leh jadi tok... :p
Jangan ambik hati ye...walaupun hanya mengenali a nemiak nama oon tapi bila siput bi baca blog oon...siput bi amatlah terhibur....keep it up. Best ke berpuasa kat nogeri orang...???
dear nughol,
yahhh apa kitak pikirrrr. hehe
dear siput,
sayer x ambik ati, tp nama siput ya, n then ada Islam pulak tue, a bit insensitive, pakata instead letak ler nama lokan ker, sempeng ker, ambal ker, sedap jugak.
anyway terima kasih meluangkan masa yerrr. selamat berpuasa!
ku rasa cam baca karangan jak bila di-bm-kan...kuatan dah besa baca lam bahsa srawak ehh..rasa cam laiiinnn jak rasa. apa-apa pun.. nang bena la.. bila umo udah sik mudak macam dolok..baruk la ada rasa berteraweh segala..mun dolok ekot teraweh tapi bisin juak di suro.
*pa cita ku tek kah..
bok mek maca sikit pa kesah tok tek entry tok tek..
bila maca part statement housemate ktk tek,boh kata org luar.. org kita.. pn ada berpikiran giya baa.. kmk penah kenak sorang kawan tok.. nya madah kmk UIA sik sepatutnya mewajibkan all sister to wear tdung.. alasan : tudung just hidden the beauty of the girls.tegal nya tek suka tgk rambut gf nyaa... uhmmmmm
Post a Comment